BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ikhwan ceria's access search.

Saturday, December 18, 2010

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ..-law qua law-

Yang Kita Tak Perasan

Isu rasis semakin hangat dan menjadi bahan berita bagi setiap media. Tidak kira cetak atau elektronik, semua berlumba-lumba untuk meletakkan isu rasis sebagai santapan utama para pembaca. Ironinya ia terjadi sewaktu negara kita menyambut kemerdekaan yang ke-53. Sungguh menyedihkan apabila isu ini bukan sahaja berpenyakit di kalangan ahli politik tetapi sudah menular hingga ke akar umbi. Baiklah, cukup saya berbasa-basi di sini. Mari kita pergi ke isu yang utama.

Pertubuhan politik mahupun bukan kerajaan begitu lantang mempertahankan perkara 153 Persekutuan Perlembagaan yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu dan penduduk asli Sabah dan Sarawak ( oklah ‘hak istimewa’ lagi sesuai). Ia turut dijaga oleh Perkara 159(5) yang memperuntukkan izin Majlis Raja-Raja sekiranya perkara 153 mahu dipinda atau digubal. Ditambah lagi dengan peruntukan dalam akta hasutan seksyen 3 (f) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan ‘’ A seditious tendency is a tendency to question any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III of the Federal Constitution or Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution.’’ Justeru, barangsiapa yang cuba mempertikaikan apa-apa persoalan berkaitan perkara 153 mempunyai potensi untuk disabitkan kesalahan dalam Akta Hasutan.


1) Yang kita tak perasan:

Bukan sahaja Perkara 153 yang dijaga oleh Perkara 159(5) dan seksyen 3(f) Akta Hasutan 1948 tetapi juga Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan. Apakah Bahagian 3 itu? Pernahkah ada mana-mana ahli politik memberitahu hal ini?

Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan soal kerakyatan. Citizenship.

Nah, di sini sudah terserlah keseimbangan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya kontrak sosial yang berteraskan kedudukan istimewa Melayu dan prinsip kerakyatan Jus Soli telah dijamin dalam perkara 159(5) yang memperuntukkan ‘’ A law making an amendment to Clause (4) of Article 10, any law passed thereunder, the provisions of Part III, Article 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, or 153 or to this Clause shall not be passed without the consent of the Conference of Rulers.’’ Maka di sini jelas bahawa bukan sahaja kedudukan istimewa dipelihara tetapi juga soal kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli turut dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.

2) Yang kita tak perasan:

Seskyen 3(f) Akta Hasutan bukan sahaja memperuntukkan tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan apa-apa isu berkaitan Perkara 153 tetapi juga memperuntukkan tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan apa-apa isu berkaitan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan yakni kerakyatan. Justeru, mari kita melihat secara saksama: kalau mempertikaikan isu 30% ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi mempunyai potensi hasutan maka sesiapa yang menyuruh orang bukan melayu pulang ke negara masing-masing perlu dilihat termasuk dalam potensi hasutan yang termaktub dalam seksyen 3(f) Akta Hasutan 1948. Kalau sesiapa yang cuba mempertikaikan perkara 153 perlu dimasukkan ke dalam ISA maka sesiapa yang cuba mempertikaikan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan juga perlu dimasukkan ke dalam ISA. Ini kerana sudah jelas menyuruh atau menghalau orang bukan Melayu supaya pulang ke negara masing-masing bererti menafikan hak kerakyatan mereka di negara ini yang telah dijaga, dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan sejak 53 tahun yang lepas. Bahkan mempersoalkan relevan atau tidak sekolah vernakular juga boleh tersenarai sebagai hasutan sepertimana yang termaktub dalam seksyen 3(e) Akta Hasutan 1948 ‘’ to promote feelings of ill will and hostility between different races or classes of the population of Malaysia’’. Sila rujuk juga: Melan Abdullah v Public Prosecutor [1971] 2 MLJ 280 dan PP v Mark Koding [1982]

Kesimpulan: Sila tutup isu ini. Sekali lagi dimohon: Sila tutup isu ini. Jangan lagi membuka atau cuba menyemarakkan lagi isu perkauman. Apa yang cuba saya nyatakan di atas adalah soal keadilan bahkan dalam Al-Quran sudah menjelaskan ‘’ Janganlah kebencian kamu ke atas sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, sesungguhnya adil itu lebih dekat dengan taqwa’’. Semua rakyat Malaysia baik ahli politik mahupun kakitangan awam, siswa dan pelajar di bangku sekolah tidak perlu mengapi-apikan lagi isu ini. Jika tidak, kita semua berpotensi untuk didakwa bawah Akta Hasutan.

Retrieved from :Mohd Zharif Shafiq. (2010, sept 6). Yang Kita Tak Perasan. My Way. http://pre-lawrian.blogspot.com/2010/09/yang-kita-tak-perasan.html

3 comments:

hafiz said...

its fact!!!!!!! i like it....keep it up wan

Unknown said...

Pls click this link and “Like” Azham Vosovic’s comment yea?
http://apps.facebook.com/asx-perience/?page=scenario-5.php

manusia putih said...

eh,i have same book lah.. tapi cover dia warna pink.. gigih cari buku tu sebab nak belajar law